Baucar Buku Madani 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia

Proses Mudah untuk Menuntut Baucar Buku Melalui Portal Book Capital

Tatacara Pemberian Baucar Buku

Berikut merupakan mekanisme pemberian baucar buku
seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
Dato Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mei 2026
sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur:
BookCapital-icon
Bermula dari Laman Utama DELIMa
Penerima perlu klik pada pautan TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026 di laman utama DELIMa untuk memulakan proses penebusan di Portal Book Capital
BookCapital-icon
Daftar di Portal Book Capital
Penerima mendaftar akaun di Portal Book Capital menggunakan id DELIMa di pautan: Pendaftaran Akaun DELIMA atau klik butang 'Tebus Baucar' di atas.
BookCapital-icon
Terima Baucar Buku Secara Digital
Kredit RM100 akan dipapar di akaun masing-masing
BookCapital-Icon
Pilih dan beli Buku
Penerima boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL KHAS BAUCAR BUKU
BookCapital-Icon
Bayar dan guna Baucar Buku Madani 2026
Penerima boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran Baucar Buku (Book Voucher).
BookCapital-Icon
Tunggu Penghantaran
Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan

Soalan Lazim
Baucar Buku Madani 2026

  1. Apakah Baucar Buku MADANI 2026?
    Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang memberikan e-baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah KPM yang layak bagi pembelian bahan bacaan melalui platform Book Capital.


  2. Apakah objektif program ini?
    Program ini bertujuan untuk:

    • Memperluas akses kepada bahan bacaan berkualiti;
    • Memupuk budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat;
    • Menyokong pembangunan modal insan berilmu;
    • Mengukuhkan industri buku tempatan melalui pendigitalan ekosistem perbukuan.


  3. Siapakah penerima Baucar Buku MADANI 2026?
    Seramai 2,039,257 pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan dijangka menerima Baucar Buku MADANI 2026.


  4. Berapakah nilai baucar yang diberikan?
    Setiap penerima akan menerima e-baucar buku bernilai RM100.


  5. Bilakah program ini bermula?
    Tarikh mula pelaksanaan pemberian Baucar Buku MADANI 2026 adalah 1 Julai 2026 tertakluk kepada pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan.

  1. Siapakah yang layak menerima Baucar Buku MADANI 2026?
    Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang memberikan e-baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah KPM yang layak bagi pembelian bahan bacaan melalui platform Book Capital.


  2. Adakah pelajar perlu membuat permohonan?
    Tidak. Penerima akan dikenal pasti berdasarkan data rasmi Kementerian Pendidikan.


  3. Bolehkah pelajar yang telah berpindah sekolah menerima baucar?
    Ya, tertakluk kepada rekod semasa yang disahkan dalam sistem Kementerian Pendidikan.

  1. Bagaimanakah saya mengaktifkan baucar?

    1. Klik “Tebus Baucar” dan log masuk menggunakan ID dan kata laluan DELIMa.
    2. Akaun akan diaktifkan secara Single Sign-On (SSO).
    3. Kredit baucar RM100 akan dipaparkan pada papan pemuka akaun.


  2. Saya tidak nampak kredit baucar RM100. Apa yang perlu saya lakukan?
    Semak:

    • Akaun DELIMa yang digunakan;
    • Status kelayakan;
    • Tempoh pelaksanaan program.
    Jika masalah berterusan, klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) dan lengkapkan maklumat di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket).


  3. Bolehkah saya menggunakan akaun e-mel lain selain DELIMa?
    Tidak. Pengesahan penerima dilaksanakan menggunakan akaun DELIMa bagi memastikan hanya pelajar yang layak menerima baucar.

  1. Di manakah saya boleh membeli buku menggunakan baucar?
    Semua pembelian hendaklah dibuat melalui platform rasmi: Portal DELIMa Book Capital .


  2. Adakah pembelian boleh dibuat di kedai buku fizikal?
    Tidak. Baucar hanya boleh digunakan melalui platform Book Capital.


  3. Apakah jenis buku yang boleh dibeli?
    Penerima wajib membeli sekurang-kurangnya satu (1) buku daripada kategori “Judul Khas Baucar Buku MADANI 2026”, yang merangkumi bidang Karya Sasterawan Negara, Karya Agung Dunia, Karya Pemenang Anugerah Sastera, Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Geopolitik, Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi, Teknologi Maklumat, serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian.
    Selepas itu, baki baucar boleh digunakan untuk membeli buku-buku lain yang tersedia di platform Book Capital, yang menawarkan lebih 950,000 judul buku merangkumi pelbagai kategori dan genre bacaan.


  4. Apakah yang dimaksudkan dengan “Judul Khas”?
    Judul Khas ialah kategori buku yang telah disaring dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian bagi menyokong hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa pengumuman pemberian Baucar Buku MADANI 2026 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 29 Mei 2026 yang menekankan kepentingan membaca bahan berilmu dan berkualiti.
    Kategori ini merangkumi:

    • Karya Sasterawan Negara;
    • Karya Agung Dunia;
    • Karya Pemenang Anugerah Sastera;
    • Sejarah;
    • Falsafah;
    • Ekonomi;
    • Geopolitik;
    • Kecerdasan Buatan (AI);
    • Teknologi;
    • Teknologi Maklumat (IT);
    • Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
    Kategori ini diwujudkan bagi menggalakkan pembacaan yang dapat memperluas pengetahuan, membina pemikiran kritis serta memperkukuh nilai dan budaya ilmu dalam kalangan pelajar.


  5. Adakah saya wajib membeli Judul Khas?
    Ya. Pelajar diwajibkan membeli sekurang-kurangnya satu (1) Judul Khas sebelum menggunakan baki baucar untuk membeli buku lain.


  6. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu Judul Khas?
    Ya. Pelajar bebas membeli lebih daripada satu Judul Khas.


  7. Bolehkah saya membeli buku daripada pelbagai penjual?
    Ya, selagi buku tersebut tersedia di platform Book Capital.

  1. Adakah baucar boleh digunakan lebih daripada sekali?
    Tidak. Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja (one-off purchase). Semua buku yang ingin dibeli perlu dimasukkan ke dalam satu transaksi.


  2. Bolehkah saya menyimpan baki baucar untuk pembelian lain?
    Tidak. Baki baucar yang tidak digunakan dalam transaksi tersebut akan luput.


  3. Bolehkah saya menambah wang sendiri jika nilai pembelian melebihi RM100?
    Ya. Pelajar boleh membuat bayaran tambahan menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan.


  4. Bolehkah baucar ditukar kepada wang tunai?
    Tidak. Baucar tidak boleh ditukar kepada wang tunai.


  5. Bolehkah saya memindahkan baucar kepada orang lain?
    Tidak. Baucar adalah khusus untuk penerima yang layak dan tidak boleh dipindah milik.

  1. Bagaimanakah buku akan dihantar?
    Buku akan dihantar terus ke alamat penghantaran yang didaftarkan semasa proses pembelian.


  2. Adakah penghantaran percuma?
    Tertakluk kepada syarat program dan konfigurasi sistem semasa pelaksanaan.


  3. Berapa lama tempoh penghantaran?
    Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi penerima, penjual, dan syarikat kurier yang dipilih.


  4. Apakah yang perlu saya lakukan jika buku belum diterima?
    Semak status pesanan di akaun Book Capital, termasuk maklumat “Shipping Company” dan “Airway Bill (AWB)” / Tracking Number yang dinyatakan pada invois pembelian. Sekiranya terdapat sebarang isu penghantaran atau teknikal, sila klik ikon “Support Ticket” pada invois untuk mendapatkan bantuan lanjut.

  1. Saya terlupa kata laluan DELIMa. Apa yang perlu saya lakukan?
    Hubungi Guru Penyelaras DELIMa atau pentadbir DELIMa di sekolah masing-masing.


  2. Akaun saya tidak boleh log masuk ke Book Capital. Apa yang perlu saya lakukan?
    Pastikan:

    • Akaun DELIMa aktif;
    • Sambungan internet stabil;
    • Pelayar web dikemas kini.
    Jika masalah berterusan, klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) dan lengkapkan maklumat di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket).


  3. Baucar saya telah digunakan tanpa pengetahuan saya. Apa yang perlu dilakukan?
    Segera klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) dan lengkapkan maklumat di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

  1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan?
    Pelajar boleh:

    • Klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan;
    • Lengkapkan maklumat yang diperlukan di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket) bagi memudahkan semakan dan tindakan lanjut; atau
    • Mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah.


  2. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai program ini?
    Maklumat rasmi akan diumumkan melalui:

    • Kementerian Pendidikan (KPM);
    • Perbadanan Kota Buku (PKB);
    • Platform Book Capital.

 Hak Cipta © Perbadanan Kota Buku 2024. Semua Hak Cipta Terpelihara

Mobirise